Friday 23 January 2009

Temuduga Oman, Pen. Pengarah PPD & Bengkel Pembinaan RPT B.Arab Tahun 2 & 5




Gambar: JU-JU j-QAF sedang tekun membina RPT B.Arab

Minggu lepas adalah bersejarah bagi ana kerana dua temuduga dalam satu minggu iaitu temuduga ke negara Oman untuk berkursus di sana selama sebulan (Bulan Mac 2009) dan satu lagi temuduga Penolong Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah pada hari berikutnya. Dalam masa yang sama kami JU j-QAF sedang membina RPT untuk rujukan semua guru b.Arab j-QAF di SK Tiara Permai, Kuala Lumpur bermula hari Rabu hingga hari Jumaat. Kami juga sedang merancang untuk membuat program bersama JASA WPKL dan YADIM pada tahun ini. Program yang dirancang ialah Pemurnian Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab dan Kursus Imam (Pengurusan Jenazah, Khutbah Jumaat, Sembelihan dsbg.) untuk guru-guru-guru agama. Saya sedang merangka kertas kerja yang sesuai untuk program tersebut sebelum dibawa berbincang dengan al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zaidi dan rakan-rakan yang lain. Semoga j-QAF terus mara ke hadapan.

Friday 2 January 2009

Maksud Guru j-QAF luar norma




Guru j-QAF adalah guru yang mempunyai perjawatan luar norma. Ia bermaksud kehadiran mereka ke sekolah untuk memastikan tujuan utama (core business) iaitu matlamat program j-QAF tercapai (Maksudnya juga, guru j-QAF tidak digalakkan memegang jawatan yang berat dan terlalu sibuk seperti Guru Kelas, hal ini ditakuti yang dikejar tak dapat dan yang dikedong berkeciciran). Perjawatan luar norma juga tidak terikat dengan kouta dan bilangan murid di sesebuah sekolah sebagaimana guru biasa seperti Guru Matematik, Sains, dan sebagainya. Antara guru luar norma yang telah lama wujud sebelum ini ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Media, Guru Pemulihan, Guru Bimbingan, Guru Penyelaras Bestari, Guru Prasekolah dan Guru Data.