Monday, 25 January 2010

Dari j-QAF ke MSD Cairo



Salam perjuangan sahabat-sahabat di Malaysia. Ana kini berada di bumi kinanah untuk menjalankan tugas dan amanah rakyat kita di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Sekian harap maklum.

Monday, 14 September 2009

Bersama rakan2 Jurulatih Utama Bahasa Arab. ( Kursus Peringkat Kebangsaan)

sebahagian teks Majlis Penutup oleh Pengerusi Majlis .. Ustaz Riduan JU Terengganu.

إن الحمد لله ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلامضل له ومن يضلل فلاهادي له، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم،
أما بعد، فحياكم الله جميعا،
1. المحترمة فضيلة سيدة فوزية بنت محمد، رئيس شعبة التربية الاسلامية
2. والمحترمة فضيلة سيدة فصيحة جيلاني، رئيس مساعد المدير
3. والمحترم سيد سفيان أدم، رئيس وحدة اللغة العربية
4. وأصحاب فضائل، الموظفون والموظفات من مساعدي المدير، وأعضاء اللجنة، والمشاركون والمشاركات في هذه الدورة المباركة
أيها الحاضرين والحاضرات، سنستمع إلى تلاوة الآيات المقدسة، والذي سيتلو علينا ما تيسر من القرآن الكريم القارئ ............، فليتفضل مشكورا،
أما الآن ، أيهاسيداتي وسادتي ، سنستمع إلى الكلمات سيلقيها رئيس المشاركين ......
والآن، هيا نستمع إلى الكلمات التي ستلقيها المشرفة في هذه الدورة .....
لقد حان الوقت لكي نستمع إلى كلمة الاختتام التي ستقولها.....
ونكتفي بهذه القدر ونختتم جلستنا هذه بقراءة سورة العصر وتسبيح الكفارة.

Thursday, 28 May 2009

Terhangat dan Terkini; Bagus dijadikan rujukan untuk para pendidik




Buku ini harganya RM 38.00 di pasaran, boleh dapat dengan saya dengan harga termurah iaitu RM 25.00, kalau anda berminat sila call 0133898460 atas sms. Saya tinggal di Kajang, Selangor.

Friday, 15 May 2009

Ustaz Wan Zaidi sedang berdakwah



* Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Dakwah j-QAF JPN Bersama Operasi Dakwah BPI Bil 1/2009.

Monday, 4 May 2009

Kursus Bahasa Arab Oman, satu lagi kejayaan program j-QAF di arena Antarabangsa




Diharap rakan-rakan semua dapat ziarah sahabat-sahabat kita di dalam blog seperti berikut

http://dgba-oman.blogspot.com/

* Kita mengharapkan juga mereka selamat di sana dan dapat pulang membawa ilmu-ilmu di dada. Bukan itu sahaja, kita mahukan modul yang dibina bersesuaian dengan kemampuan murid kita dan kesediaan Guru Bahasa Arab kita di Sekolah Kebangsaan.

Sunday, 5 April 2009

Guru j-QAF sepatutnya membawa misi dakwah ke sekolah.



Gambar: Saya, Syeikh Solah al-Qodiri dan Dato' Shamsul Najmi (ex-Ketua Biro Agama Pemuda UMNO)turut hadir.



Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Nakhaei Ahmad, YDP YADIM.


Ayat Dr. Sulaiman yang tidak lupa dalam ingatan: " Orang bukan pendidikan agama bila buat kesilapan dalam hal agama, orang akan memaafkan tetapi kita orang yang berpendidikan agama jika tersilap sukar diterima" . Maka renung-renungkanlah.

(Seminar Metodologi Dakwah Kepada Masyarakat Islam di UKM 5 April (Ahad)

Bengkel membina soalan PKSR Bahasa Arab Tahap Satu Sekolah2 j-QAF WPKL Tahun 2009







Pembinaan soalan ini dimulakan dengan pembinaan JSU yang menentukan nisbah soalannya adalah seperti berikut iaitu 5 soalan senang 3 soalan sederhana dan 2 soalan susah. Alahamdulillah soalan PKSR1 dah siap dan telah dimurnikan. Ia akan dihantar ke semua sekolah program j-QAF tidak beberapa lama lagi. Sekian harap maklum

Monday, 30 March 2009

Mahrajan Arabiy di SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur Pada 30 Mac 2009







Assalamualaikum. Saya dan Ustaz Samad terlibat sebagai Hakim Kuiz Bahasa Arab, Tahniah kepada mereka yang berjaya. Selain itu, kami juga dihadiri oleh pemerhati dari Arab (Kementerian Pelajaran Saudi), Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Saturday, 28 March 2009

Usul Agama UMNO; j-QAF & KAFA; Seragamkan






Idea menyeragamkan sistem pendidikan agama telah lama dilaungkan. Perhimpunan Agung kali ini mengusulkan supaya diseragamkan antara program j-QAF di bawah Kementerian Pelajaran dan KAFA di bawah JAKIM. Mungkin nampak macam mudah, tetapi ianya perlu kerjasama banyak pihak antara di negeri dan persekutuan. Walaubagaimanapun, saya berasa bangga program j-QAF mendapat tempat dan diperbahaskan dalam perhimpunan yang mulia oleh Datuk Shahbudin Yahaya, wakil Pulau Pinang yang juga merupakan bekas Penagarah JASA Pulau Pinang. Semoga j-QAF terus gemilang di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Thursday, 26 February 2009

Taklimat Sulung Program j-QAF SKPTD Kem Sg. Besi oleh Khairi Jalalluddin






Antara isu yang terhangat dan memang dah dijangka ialah 10 jam LDK Kem Bestari Solat, Cara merekod Buku Katam al-Quran, Penyediaan Rekod Setiap Murid Pemulihan Jawi, Bilik j-QAF dll. Diharap guru pendidikan Islam samada yang datang dengan program j-QAF dan bukan j-QAF SKPTD terus mara ke hadapan bagi mengangkat martabat pendidikan Islam ke arah world class.

Wednesday, 25 February 2009

Taklimat Hakim Mahrajan Arabiy (Program KAA) yang dijangka akan berlaku pada 30 Mac 2009.




Guru-guru j-QAF Bahasa Arab terlibat menjadi hakim bagi menjamin ketelusan program tersebut. Ini kerana, peserta adalah dari kalangan pelajar sekolah menengah. Semoga kita saling membantu ke arah kebaikan.