Friday 2 January 2009

Maksud Guru j-QAF luar norma




Guru j-QAF adalah guru yang mempunyai perjawatan luar norma. Ia bermaksud kehadiran mereka ke sekolah untuk memastikan tujuan utama (core business) iaitu matlamat program j-QAF tercapai (Maksudnya juga, guru j-QAF tidak digalakkan memegang jawatan yang berat dan terlalu sibuk seperti Guru Kelas, hal ini ditakuti yang dikejar tak dapat dan yang dikedong berkeciciran). Perjawatan luar norma juga tidak terikat dengan kouta dan bilangan murid di sesebuah sekolah sebagaimana guru biasa seperti Guru Matematik, Sains, dan sebagainya. Antara guru luar norma yang telah lama wujud sebelum ini ialah Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Media, Guru Pemulihan, Guru Bimbingan, Guru Penyelaras Bestari, Guru Prasekolah dan Guru Data.

1 comment:

AfiffMS said...

Maksud j-Qaf tu adalah singkatan kepada (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain). Sekarang memang sedang dijalankan Temuduga KPLI-SR j-QAF. Siap disediakan Tips Panduan Temuduga KPLI-SR j-Qaf untuk memudahkan calon menjawap soalan temuduga KPLI-SR j-Qaf tu nanti.