Friday 23 January 2009

Temuduga Oman, Pen. Pengarah PPD & Bengkel Pembinaan RPT B.Arab Tahun 2 & 5




Gambar: JU-JU j-QAF sedang tekun membina RPT B.Arab

Minggu lepas adalah bersejarah bagi ana kerana dua temuduga dalam satu minggu iaitu temuduga ke negara Oman untuk berkursus di sana selama sebulan (Bulan Mac 2009) dan satu lagi temuduga Penolong Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah pada hari berikutnya. Dalam masa yang sama kami JU j-QAF sedang membina RPT untuk rujukan semua guru b.Arab j-QAF di SK Tiara Permai, Kuala Lumpur bermula hari Rabu hingga hari Jumaat. Kami juga sedang merancang untuk membuat program bersama JASA WPKL dan YADIM pada tahun ini. Program yang dirancang ialah Pemurnian Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab dan Kursus Imam (Pengurusan Jenazah, Khutbah Jumaat, Sembelihan dsbg.) untuk guru-guru-guru agama. Saya sedang merangka kertas kerja yang sesuai untuk program tersebut sebelum dibawa berbincang dengan al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zaidi dan rakan-rakan yang lain. Semoga j-QAF terus mara ke hadapan.

3 comments:

miorjqaf said...

Tahniah.. Wah.. hebat enta.. Semoga berjaya..

Khairi Jalalluddin said...

Ana pun ucapkan tahniah kepada anta dan kalau ada rezeki bolehlah kita berkursus di Oman. Semoga Bahasa Arab j-QAF terus mantop selepas pulang dari sana.

Warga GPI j-QAF SKTM said...

salam...moga tercapai semua hasrat dan cita2 kita...ameenn