Thursday 17 July 2008

BACAAN IKUT GURU = BIG

1. Pengenalan

Bacaan Ikut Guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih membaca buku Iqra’ dan murid yang membaca al Quran di bawah sukatan sebenar .
Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

2. Matlamat
Membimbing murid-murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dan murid yang membaca Al-Quran di bawah sukatan sebenar agar mereka dapat khatam Al-Quran.
Memudahkan guru melaksanakan P&P khatam Al-Quran

3. Rasional
Membantu murid yang belum menguasai bacaan mengikut sukatan khatam Al-Quran

4. Sasaran Murid-murid yang masih membaca Iqra’.
Murid-murid yang telah membaca Al-Quran tetapi tidak mencapai tahap sukatan yang sebenar.

5. Kaedah Pelaksanaan
Tahun 1 (6 bulan kedua pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik).
Tahun 2 – 6 (sepanjang tahun pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik)
Guru membaca ayat-ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus-putus tanpa mencacatkan makna.
Murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai di dalam kumpulan, sambil memerhati pergerakan bibir guru.
Membaca sehingga satu muka surat Al-Quran
Setelah selesai BIG, murid-murid dilatih tubi membaca buku Iqra’ atau membaca semula ayat yang dibaca sebagai pengukuhan dengan bimbingan guru atau dengan bantuan murid turus.
Murid juga boleh dilatih secara individu untuk mana-mana ayat yang masih belum dibaca secara BIG.
Guru hendaklah mencatat pencapaian murid di dalam Buku/Kad Rekod bacaan al-Quran yang dibekalkan oleh JAPIM:
Bagi bacaan sebenar Iqra’ :mempunyai 2 rekod iaitu rekod iqra’ dan rekod bacaan al quran secara BIG
Bagi murid yang telah membaca al Quran : mempunyai 1 rekod sahaja iaitu rekod bacaan al Quran secara BIG atau tahap sebenar bacaan
Masa
BIG hendaklah dilaksanakan pada awal P&P Al-Quran di antara 10-15 minit sahaja.
(Selepas itu P&P Al-Quran diteruskan dengan membaca Iqra’ bagi murid yang belum menguasai bacaan atau membaca Al-Quran di tahap sebenar/ bacaan di rumah)melatih tubi bacaan sebenar.
Masa
BIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian

6. Pengurusan P & P
Guru menganjurkan murid supaya berwuduk sebelum membaca al-Quran
P&P al quran dijalankan di kelas yang sama mengikut kumpulan masing-masing atau mengikut kesesuaian
Guru mentasmi’ murid turus terlebih dahulu supaya mereka dapat membantu rakan sebaya mentasmi’ bacaan
Murid berada di dalam kumpulan masing-masing
Guru hendaklah mengoptimumkan masa sebaik mungkin

Peringatan
Murid yang boleh membaca Al-Quran mengikut sukatan atau melepasi sukatan TIDAK perlu lagi mengikuti BIG.
Murid yang sudah khatam bolehlah diulang semula bacaan untuk khatam kali kedua atau diperkenalkan dengan tahsin dan taranum Al-Quran.

Kesimpulan
Adalah diharapkan dengan adanya pelaksanaan BIG ini, dapat membantu murid membaca al-Quran sehingga khatam ketika di sekolah rendah, sama ada mereka itu khatam dengan bacaan sendiri atau khatam dengan cara mengikut bacaan guru (BIG).

No comments: