Thursday 17 July 2008

Kursus Jurulatih Utama (GPI Program j-QAF) 2008

Maklumat Penting Berkaitan
Kursus Jurulatih Utama (GPI Program j-QAF) 2008
Bertempat di Hotel Goldcourse, Klang Selangor
24-27 Jun 2008

1. Intipati dalam Ucapan Perasmian oleh Pengarah Kurikulum
• Memperkenalkan pendekatan "Blue ocean" atau "Thinking outside the box" dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam.
• JAPIM telah bertukar nama kepada Bahagian Pendidikan Islam yang diketuai oleh Pengarah (Kanan JUSA B), dan Timbalan Pengarah Pengurusan/Kurikulum/Dakwah.
• Pengajaran Kolaberatif & Pembelajaran Koperatif perlu difahami oleh seluruh GPI.
• 30 orang Guru Bahasa Arab akan mengikuti kursus di negara Oman selama sebulan dalam bulan November tahun ini.


2. Peringatan Ketua Unit Program j-QAF
• Program Pendidikan Islam j-QAF adalah bersifat modular dan penghayatan (praktikal) bukan terlalu berteraskan peperiksaan.
• Tujuan program j-QAF adalah untuk memperkasakan pendidikan Islam bukan untuk memansuhkannya.
• Semua guru pendidikan Islam samada ada j-QAF atau tidak adalah pelaksana program ini.

3. Perkara-perkara penting yang ditekankan dalam Kursus

• Modul Pemulihan Jawi
- Setiap murid Pemulihan Jawi mestilah mempunyai Fail.
- Menggunakan BBM jawi yang dibekalkan semaksimum mungkin.
- Diminta juga untuk mencipta BBM yang difikirkan sesuai dengan murid yang lemah.
- Memastikan kelas pemulihan jawi berjalan lancar.

• Modul Khatam al-Quran
- Baca Ikut Guru atau BIG (murid yang membaca Iqrak) perlu dilaksanakan untuk memastikan murid khatam al-Quran sebelum tamat persekolahan darjah enam.
- Merekodkan bacaan murid dalam Buku Rekod semasa P&P dan Tasmik.
- Kem Literasi al-Quran hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Modul Bahasa Arab
- Ujian secara pemerhatian (30 markah) sebulan (Tahap 1). Manakala, Ujian tahap dua dibekalkan oleh Bhg. Kurikulum, BPI.

• Modul Kem Bestari Solat
- Memastikan LDK 10 jam dilaksanakan dengan membuat jadual pelaksanaan yang jelas.
- Mengurangkan pergantungan budjet Kem dari BPI.

4. e-Pelaporan: Kesemua markah tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam e-pelaporan yang terkini (2008).
Ciri terbaru e-pelaporan:
1. Tidak boleh cut/copy and paste
2. Boleh save dalam C.

5. Pengurusan Panitia
- Fail j-QAF ialah Fail yang ke-14
Terkandung di dalamnya;
14.1 Surat menyurat
14.2 Minit mesyuarat
14.3 Surat pekeliling
14.4 Kertas kerja/cadangan aktiviti
14.5 Penilaian pemulihan jawi
14.6 Analisis pencapaian khatam al-Quran
Model 6 Bulan Pertama.
14.7 Analisis pencapaian khatam al-Quran
Model Tasmik.
14.8 Analisis penilaian Bahasa Arab.
14.9 Senarai semak pencapaian peserta
Kem Bestari Solat.
14.10 Buku stok BBM dan rekod penggunaannya.

No comments: